Home Pasaran Bursa Malaysia Melantun Semula, Indeks Komposit Melonjak 1.63 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Melantun Semula, Indeks Komposit Melonjak 1.63 Peratus

Bursa Malaysia Melantun Semula, Indeks Komposit Melonjak 1.63 Peratus

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 April(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asingdan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat24.66 mata kepada 1,540.22 daripada paras penutup1,515.56 pada Selasa.

Petunjuk pasarandibuka tinggi naik 2.51 mata kepada1,518.07, paras terendah intra harinyadan meningkat ke paras intra hari tertingginya pada sesi penutup.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 454 kaunter berbanding347 manakala 475 kaunter tidak berubah, 1143 tidak diniagakan dan 96 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada2.56 bilion unit bernilai RM2.25 bilion daripada3.04 bilion unit bernilai RM1.81 bilion pada Selasa.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pasaran tempatan mempamerkandaya tahannyadisokong oleh kemasukan semula modal asing dan perubahan sentimen.

“Pengumuman tarif 2025 Presiden AS Donald Trump, yang pada mulanya menyeretindeks komposit turun ke paras terendah dalam tempoh 20 bulan kepada 1,400.59 pada 9 April, terbukti menjadi satu rahmattersembunyi.

“Penyelarasan sektoral berlaku selepas pengumuman tarif, dengan saham penggunadan berorientasikan eksport memacu kenaikan. Dinamik ini muncul apabila para pelabur bergilir-gilir membeli saham berharga rendah, sebagai persediaan untuk kemungkinan perdagangan kembali normal,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...