KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya susut berikutan sentimen pasaran menjadi berhati-hati.
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.40 mata kepada 1,498.0 daripada 1,499.40 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran sebelum ini dibuka tinggi 2.68 mata kepada 1,502.08.
Pasaran secara keseluruhannya negatif sedikit, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 154. Sejumlah 264 saham tidak berubah, 1,801 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.
Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat perang perdagangan yang berterusan boleh menjejaskan pertumbuhan global apabila perniagaan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, berpotensi menangguhkan pelan pengembangan dan menyebabkan aktiviti ekonomi lembap.
Katanya ini boleh menyumbang kepada kelembapan ekonomi global dengan potensi kenaikan untuk saham perbankan yang dijangka terhad.
“Bagaimanapun, kami menyokong sektor pelancongan, perladangandan pembinaan yang dijangka mendapat manfaat daripada 31 memorandum persefahaman yang dimeterai semasa lawatan Presiden ChinaXi Jinping ke Malaysia,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hong Leong Bank naik 14 sen kepada RM19.98, MISC menambah satu sen kepada RM7.21, SD Guthrie meningkat empat sen kepadaRM4.64, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing mendatar padaRM4.39 dan RM6.89 manakala Maybank merosot dua sen kepada RM10, TNB berkurangan enam sen kepada RM13.44 dan CIMB susut tiga sen kepada RM6.85.
Daripada saham aktif, ECA Integrated naik setengah sen kepada 18 sen, NexG meningkat satu sen kepada 33 sen, One Glove dan Peter Labs, masing-masing menambah1.5 sen kepada 22 sen dan 26.5 sen,Ingenieur Gudang dan Jiankun, masing-masing mendatar pada empat sen dan tiga sen manakala Tanco berkurangan tiga sen kepada 86 sen.