Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Alami Fasa Konsolidasi Susulan Kenaikan Berturut-turut
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Alami Fasa Konsolidasi Susulan Kenaikan Berturut-turut

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Alami Fasa Konsolidasi Susulan Kenaikan Berturut-turut

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 April (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, diasak aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari meningkatdi tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif.

Pada 5 petang, indeks penanda arasFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.03 mata kepada 1,515.56 daripada paras1,521.59 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras dibuka susut 0.61 mata pada 1,520.98 namun sempat meningkat ke paras tertinggi harian pada 1,524.50 dalam sesi tengah sebelum turun keparas terendah harian 1,515.56 di akhir dagangan.

Pasaran secara amnya adalahnegatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu506 berbanding 405manakala 450 kaunter tidak berubah, 1,079 tidak diniagakan dan 117 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada3.04 bilion unitbernilai RM1.81 bilion daripada 2.61 bilion unit bernilai RM1.74 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menyifatkan aktivitipengambilan untung hari ini sebagaipembetulan sihat kerana membolehkan pasaran mengukuhkan aliran peningkatanbaru-baru ini sertamembina asas lebih kukuh bagi memastikan kenaikan mampan.

Pada masa sama, katanya,prestasi indeks serantau utama kebanyakannya lebih optimis seiring nada positif Wall Street ketika pelabur menjangkakan minggu yang sarat dengan data dan pelaporanpendapatan yang mungkin memberi gambaran terhadap impak daripada dasar perdagangan Presiden Donald Trump.

“Tumpuan juga beralih kepadakepada mesyuarat dasar Bank of Japan pada Rabudengan bank pusat itu dijangka mengekalkan kadar faedah semasadalamketidaktentuan global selain angka inflasi yang kukuh," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...