Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Khamis dalam persekitaran reaksi bercampur-campur terhadapprestasi semalaman Wall Street dan para pelabur menunggu keputusan pendapatan korporat.

Pada pukul 9.12pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik0.84mata atau 0.05 peratus kepada 1,584.35daripada 1,583.51ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 0.76mata lebih rendah kepada 1,582.75.

Sementara itu, bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 249berbanding 147manakala 322 kaunter kekal tidak berubah, 1,676kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan pada295.83juta unit bernilai RM122.6juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila pemain pasaran Amerika Syarikat (AS) mengalihkan tumpuan mereka kepada hasil pendapatan terutamanya daripada syarikat teknologi besar yang membantu menyokong Nasdaq.

Di peringkat tempatan,beliau berkata FBM KLCI mungkin menyaksikan beberapa aktiviti belian semasa harga rendahyang berterusan terutamanya oleh dana asing seperti digambarkan daripada aliran masuk asing bersih hampir RM935 juta sejak dua hari lepas.

“Sehubunganitu, kami percaya indeks itu mungkin menguji semulaparasrintanganpsikologi pada 1,600 dan menjangkakan ia berlegar dalam julat 1,580-1,590 hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...