Home Pasaran Aktiviti Pengambilan Untung Seret Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Pasaran

Aktiviti Pengambilan Untung Seret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Aktiviti Pengambilan Untung Seret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan awal untuk ditutup sedikit rendah hari ini, diseret turun akibat aktiviti pengambilan untung di kaunter perkhidmatan kewangan serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, kata seorang penganalisis pasaran.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut0.18 peratus, atau2.74 mata kepada 1,536.80 berbanding 1,539.54 ketika ditutup semalam.

Kaunter CIMB dan Petronas Chemicals penyumbang utama kepada penurunan indeks, masing-masing merosot 18 sen kepadaRM6.90 dan 15 sen kepadaRM3.30 dengan gabungan penurunan sebanyak5.36 mata.

Pasaran dibuka 1.10 mata lebih tinggi pada1,540.64 dan bergerak antara1,533.15 dan 1,544.98 di sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 540 berbanding 367, manakala 492 kaunter tidak berubah, 936 tidak diniagakan dan 17 digantung.

Jumlah dagangan naik kepada2.79 bilion unit bernilaiRM1.88 bilion berbanding2.34 bilion unit bernilaiRM2.08 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau mencatat prestasi lebih positif, diterajui oleh China dan Hong Kong, susulan sentimen optimis terhadap potensi rundingan dagangan AS-China, dan penerbitan data aktiviti perkhidmatan China yang memberangsangkan.

“Dengan FBM KLCI yang telah pulih lebih 80 mata sejak ketegangan perdagangan AS mula tercetus,penyusutan hari ini boleh dianggap sebagai pembetulan yang sihat, membolehkan pasaran menyatukan keuntungan terkini sebelum meneruskan trend menaik.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...