Home Ekonomi Rizab antarabangsa meningkat kepada AS$118.3 bilion
Ekonomi

Rizab antarabangsa meningkat kepada AS$118.3 bilion

Rizab antarabangsa meningkat kepada AS8.3 bilion

BANK Negara Malaysia – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.3 bilion pada 29 November 2024 meningkat berbanding AS$118.0 bilion pada 15 November 2024.

Menurut bank pusat itu, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$105.4 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion) hak pengeluaran khas (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, aset bank pusat itu berjumlah RM595.76 bilion, yang terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM486.23 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.80 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.5 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.97 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset-aset lain (RM61.56 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.48 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.57 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM135.19 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM6.56 bilion), deposit lain (RM67.88 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.92 bilion).-UTUSAN

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...