Home Pasaran Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dilihat tidak berkecenderungan untuk menurunkan kadar dalam tempoh terdekat, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS dilihat berada dalam keadaan optimum pada masa ini, dan senario ini akan menimbulkan cabaran kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit.

“Sehubungan itu, ringgit boleh menghampiri paras rintangan segera pada RM4.45 hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata beberapa wakil Fed memaklumkan penurunan kadar faedah perlu dirancang dengan berhati-hati berikutan dasar semasa AS mengenai tarif, cukai dan imigresen.

"Mereka sebahagiannya turut melihat bahawa Kadar Dana Fed semasa semakin menghampiri kadar neutral – iaitu kadar yang tidak menguncup mahupun mengembang," katanya.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) dilihat mencecah paras tertinggi 108.076 mata sebelum berada pada 107.696.

Selain itu, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent turut mengulangi pendirian kerajaan AS mengenai dasar kekukuhan dolar untuk kekal teguh, kata Mohd Afzanizam.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...