Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ekonomi

Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari

Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 November- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.

Pada 6.00 petang, ringgit susut nilai kepada 4.4660/4710 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada paras 4.4610/4650, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara amnya susut hari ini berbanding pengukuhan ketara dolar AS dengan Indeks Dolar AS (DXY) melepasi 107 mata.

\”Kebimbangan mengenai geopolitik, dasar-dasar pentadbiran Donald Trump 2.0 dan unjuran pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS, terbukti lebih cenderung untuk mengekalkan kenaikan mata wang negara maju itu,\” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya diniagakan mengukuh berbanding kelompok mata wang utama.

Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.5870/5932 daripada 5.6342/6393 semalam dan mengukuh berbanding euro pada 4.6455/6507 daripada 4.6907/6949.

Ringgit bagaimanapun turun berbanding yen Jepun kepada 2.8906/8942 daripada 2.8892/8920, semalam.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah.

Walaupun meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3101/3141 daripada 3.3189/3222, ringgit rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9068/9276 daripada 12.8748/8923 semalam.

Ringgit juga menyusut berbanding peso Filipina pada 7.58/7.59 daripada 7.56/7.57 dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 281.2/281.7 daripada 279.9/280.4. -Livevartha

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...