Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Empat MNO Kemuka Bidaan Bagi Tender Rangkaian 5G Kedua
Ekonomi

Empat MNO Kemuka Bidaan Bagi Tender Rangkaian 5G Kedua

Empat MNO Kemuka Bidaan Bagi Tender Rangkaian 5G Kedua

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Livevartha) — Empat pengendali rangkaian mudah alih(MNO) telah mengemukakan bidaan masing-masing kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua nanti, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkataMNO itu ialah CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan U Mobile Sdn Bhd.

“Empat daripada lima MNO (tidak termasuk YTL Communications Sdn Bhd) yang menyertai dan menandatangani perjanjian langganan saham dengan Digital Nasional Bhd (DNB) telah mengemukakan (bidaan) tender untuk melihat siapa antara mereka boleh mendapat rangkaian kedua.

“Dalam bab ini saya serah kepada MCMC untuk uruskan, saya tidak masuk campur, diharapkan syarikat dan pembekal terbaik memenanginya,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Konvensyen Ekosistem Pembekal 2024 Huawei Malaysia di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata keputusan bagi tawaran pelaksanaan rangkaian 5G kedua itu akan dibuat berpandukan bidaan yang telah dikemukakan oleh setiap MNO.

“Kita jangkakan dalam masa yang tidak terlalu lama, saya belum mendapat maklumat daripada pihak MCMC…mereka yang uruskan.

“Biar proses berjalan dan kita jangka dalam tahun ini…untuk dimuktamadkan dan kita boleh umumkan,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...