Home Ekonomi Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun ini, disokong unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.9 peratus, menurut Maybank Investment Bank (IB).

Ini didorong oleh permintaan pinjaman bukan isi rumah dan peningkatan kualiti aset, walaupun cabaran seperti pertumbuhan pinjaman isi rumah yang lebih perlahan dan pertumbuhan deposit yang lebih sederhana masih wujud.

“Pertumbuhan pinjaman 5.5 peratus pada 2024 memenuhi jangkaan, dengan pinjaman isi rumah (HH) meningkat 6 peratus dan pinjaman bukan isi rumah (non-HH) meningkat 4.8 peratus. 

“Pada 2025, industri dijangka mencatatkan pertumbuhan yang serupa pada 5.5 peratus, walaupun dengan peralihan pertumbuhan pinjaman isi rumah dijangka lebih perlahan pada 5.8 peratus disebabkan oleh faktor seperti kemungkinan inflasi dan pemansuhan subsidi, manakala pinjaman bukan isi rumah dijangka berkembang lebih cepat pada 5.1 peratus didorong oleh peningkatan dalam kitaran pelaburan,” katanya dalam nota penyelidikan. 

Firma penyelidikan itu berkata, terdapat optimisme terhadap kitaran pelaburan, yang disokong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk pinjaman berkaitan tanah, bangunan industri dan modal kerja. 

“Ini dijangka memberi manfaat kepada bank-bank besar seperti Maybank, CIMB, Ambank dan RHB, yang lebih aktif dalam pemberian pinjaman korporat dan pasaran modal. 

“Kualiti aset terus bertambah baik, dengan nisbah pinjaman terjejas kasar (GIL) menurun kepada 1.44 peratus lebih baik daripada paras sebelum Covid-19 (1.51 peratus pada Disember 2019).

“Pertumbuhan deposit, walaupun lebih perlahan pada 2024 (3.3 peratus tahun ke tahun), menunjukkan sedikit peningkatan dalam pertumbuhan CASA (akaun semasa dan simpanan) kepada 4.7 peratus,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...