Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi Datasonic peroleh lanjutan kontrak cip passport bernilai RM104.78 juta
Ekonomi

Datasonic peroleh lanjutan kontrak cip passport bernilai RM104.78 juta

Datasonic peroleh lanjutan kontrak cip passport bernilai RM104.78 juta

DATASONIC

PETALING JAYA: Datasonic Group Berhad (Datasonic) memperoleh lanjutan kontrak selama setahun untuk membekalkan cip pasport kepada kerajaan Malaysia dengan nilai tambahan kontrak sebanyak RM104.78 juta.

Datasonic berkata, kontrak ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran identiti keselamatan.

“Lanjutan kontrak tersebut bertarikh 16 Januari 2025 telah diterima oleh Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), anak syarikat milik penuh kumpulan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

“Kontrak asalnya diberikan pada 15 Disember 2015 untuk membekalkan cip pasport dengan tempoh lima tahun dan sejumlah 12.5 juta cip pasport,” katanya dalam kenyataan. 

Menurutnya, lanjutan kontrak terkini bermula pada 1 Disember 2024 dan berakhir pada 30 November 2025.

Datasonic memaklumkan, kontrak itu dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan dan aset bersih per saham kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2025 dan tahun kewangan berikutnya sepanjang tempoh lanjutan kontrak ini.

“Langkah ini seterusnya mengukuhkan kedudukan Datasonic dalam sektor penyelesaian identiti dan keselamatan yang semakin berkembang,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...