Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan prestasi positif Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan prestasi positif Wall Street

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Januari – Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street pada sesi dagangan pertamanya selepas Donald Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Pada pukul 10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.64 mata kepada 1,587.10 daripada 1,580.46 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi pada 1,583.22.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan aktiviti membeli-belah di saat-saat akhir akan memberi manfaat kepada sektor pengguna, penerbangan dan pelancongan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang dan pembayaran tunai Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 disalurkan hari ini.

\”Sementara itu, pemburuan sahawam murah dalam sektor teknologi mungkin berterusan, memandangkan Malaysia sebahagian besarnya masih tidak terjejas oleh sekatan cip oleh AS, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat,\” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 42.65 mata kepada 12,184.01, Indeks FBMT 100 naik 41.41 mata kepada 11,862.66, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 41.35 mata kepada 12,097.41, Indeks FBM 70 menambah 41.02 mata kepada 18,263.69 manakala Indeks FBM ACE menokok 15.33 mata kepada 5,262.65.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 1.01 mata kepada 859.21, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 56.28 mata kepada 18,892.03, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.01 mata kepada 170.94 dan Indeks Perladangan meningkat 50.37 mata kepada 7,462.53.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...