Home Pasaran Belian Saat Akhir Dorong Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi
Pasaran

Belian Saat Akhir Dorong Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi

Belian Saat Akhir Dorong Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia dapat mengekang penurunan awal untuk ditutup tinggi pada Rabu, didorong belian pada saat-saat terakhir di seluruh papan, kata penganalisis.

Beliau berkata prestasi itu turut disokong oleh jumlah dagangan melebihi purata sekali gus mencerminkan sentimen pasaran yang baharu.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.12 mata atau 0.07 peratus untuk ditutup pada 1,583.51 daripada 1,582.39 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.84 mata lebih tinggi kepada 1,583.23 dan bergerak mencecah paras terendah 1,573.44 pada sesi awal dan kemudian meningkat kepada paras tertinggi 1,583.67 pada sesi dagangan petang.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 762 berbanding 360, manakala 449 kaunter tidak berubah, 824 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.20 bilion unit bernilai RM3.29 bilion daripada 4.16 bilion unit bernilai RM4.48 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama meneruskan aliran meningkat susulan penangguhan perang perdagangan selama 90 hari antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Oleh yang demikian, kami mendapati wujudnya keyakinan baharu dan penangguhan itu memberikan sedikit kelegaam kepada para pelabur.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...