Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Pelabur Bimbang Prospek Pasaran Global
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Pelabur Bimbang Prospek Pasaran Global

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Pelabur Bimbang Prospek Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan aktivitipengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih memandangkanpelabur masih bimbang mengenai prospek pasaran global, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.34 peratus atau 5.15 matakepada 1,534.398 daripada 1,539.54 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 1.10 mata kepada 1,540.64 dan bergerak antara 1,533.48 dan 1,544.98 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran negatif apabilakaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 532 berbanding 262 manakala 417 kaunter tidak berubah, 1,124 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak1.93 bilion saham bernilai RM916.04 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata tumpuan pasaran telah beralih kepada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mulai hari ini.

"Kami yakin belian asing mungkin berterusan. Oleh itu, (kami) menjangkakan indeks ini akan bergerak dalam julat 1,540-1,550 hari ini.

“Sementara itu, harga minyak sawit mentah terus menyusut, dengan pada masa inisekitar paras RM3,800 satu tan seiringdengan penyusutan harga minyak mentah, yang menyaksikan minyak mentah Brent berada pada paras kira-kiraUS$60 setong,” katanya kepada Livevartha.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut 2.0 sen kepada RM9.98 dan RM4.45.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...