PETALING JAYA: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) melabur dalam Bluesify Solutions Sdn. Bhd. (Bluesify), penyedia perkhidmatan keselamatan terurus (MSSP) tempatan bagi memperkukuhkan pertahanan siber di negara ini. Pelaburan strategik menerusi Dana Asas I Ekuinas ini menekankan komitmen berterusannya untuk memacu pertumbuhan syarikat bumiputera dalam sektor strategik. Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata, ancaman siber telah meningkat dari segi skala serangan dan tahap kecanggihannya, menimbulkan kesan negatif kepada perniagaan dan juga individu. Katanya, pelaburannya dalam Bluesify adalah langkah penting untuk mengukuhkan sokongan terhadap keselamatan ekosistem siber…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya