Home Nasional PM seru umat Islam hayati Nuzul Quran, suburkan ketakwaan
Nasional

PM seru umat Islam hayati Nuzul Quran, suburkan ketakwaan

PM seru umat Islam hayati Nuzul Quran, suburkan ketakwaan

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk menghayati peristiwa Nuzul al-Quran sebagai titik tolak dalam membina kehidupan berteraskan ilmu dan ketakwaan.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar mengingatkan bahawa wahyu pertama, Iqra’ yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ bukan sekadar seruan membaca tetapi panggilan untuk membangunkan peradaban berasaskan ilmu, keadilan dan ihsan.

Beliau turut menekankan kepentingan tadabbur al-Quran dengan mata hati serta merebut peluang keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.

\”Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan pada diri dan seluruh umat Islam dengan pesanan taqwa, teruskan tadabbur al-Quran dengan mata hati, dan kejarlah keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.

\”Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu dengan lailatulqadar, malam seribu bulan,\” katanya.

Seiring dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 yang menegaskan al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi sekalian manusia, Perdana Menteri juga mengingatkan hanya mereka yang menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan akan merasai kemanisan taqwa.

\”Salam Nuzul Quran saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia walau di mana pun kalian berada,\” katanya lagi.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...