Home Nasional Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik Ungku Omar di Ipoh/RTM

IPOH, 18 Mac- Ancaman keselamatan boleh berlaku tanpa diduga dan kesiapsiagaan pasukan elit tidak boleh dipandang ringan, tegasKomander 69 Komando Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Hamzah Hashim.

Ia susulan reaksi negatif segelintir masyarakat terhadap Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini semalam.

Beliau menegaskan latihan tersebut bukan sekadar demonstrasi, tetapi satu keperluan dalam memastikan kecekapan anggota keselamatan menghadapi ancaman sebenar.

Tambah Hamzah, latihan berkenaan juga berjaya mencapai objektif ditetapkan termasuk memberi pendedahan kepada semua agensi terlibat dalam menangani situasi krisis.

\”Seramai 220 peserta dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak PUO, hospital dan Kementerian Kesihatan Negeri Perak telah menunjukkan komitmen serta kerjasama penuh.

\”Latihan selama dua hari ini berjaya mencapai objektif dan matlamat ditetapkan,\” katanya pada sidang media Majlis Penutup \’Ex Kurung\’ di PUO di sini pagi tadi.

1803 PRK EX KURUNG BERJAYA 3

SAC Hamzah Hashim (dua kanan) dan Dr Shamsuri Abdullah (kanan)/RTM

Menurutnya beberapa aspek latihan akan ditambah baik khususnya berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP)) bagi meningkatkan keberkesanan serta kesiapsiagaan pasukan.

Sementara itu, Pengarah PUO, Dr Shamsuri Abdullah memaklumkan laporan awal mengenai latihan tersebut akan diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, esok.

Terdahulu, bunyi tembakan bertalu-talu di sekitar Taman Cempaka, Ipoh, awal pagi semalam mencetuskan panik apabila ratusan pelajar PUO berlari ke kawasan lapang dengan kehadiran polis bersenjata dan kenderaan rasmi.

Kejadian itu turut tular di media sosial dengan pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, sekitar 10.15 pagi, pihak berkuasa mengesahkan ia adalah simulasi LatihanAnti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ oleh 69 Komando Pasukan Gerakan Khas yang turut melibatkan beberapa unit keselamatan lain.

1803 PRK EX KURUNG BERJAYA 2
Latihan \’Ex Kurung\’ di Politeknik Ungku Omar di Ipoh semalam/RTM

BERITA BERKAITAN

  • Ex Kurung: Pensyarah dan pelajar PUO jadi tebusan

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...