Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Ryt Bank terima kelulusan mula operasi
Ekonomi

Ryt Bank terima kelulusan mula operasi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Januari– Ryt Bank akan menjadi bank digital keempat bakal dilancarkan di negara ini, selepas mendapat kelulusan untuk memulakan operasi.

Bank digital generasi baharu itu merupakan usaha sama antara YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Ltd.

Ryt Bank yang menerima kelulusan operasi 20 Disember 2024, akan diperkenalkan kepada orang ramai secara berperingkat bagi memastikan kelancaran operasi.

Ini akan memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI) bagi menyampaikan perkhidmatan kewangan bermakna dan inklusif untuk pelanggan.

Ryt Al berperanan sebagai jurubank persendirian bagi memudahkan perkhidmatan perbankan mengikut kesesuaian pengguna

Pengenalannya menandakan, kesemua lima pemegang lesen bank digital telah menerima kelulusan untuk memulakan operasi.

Semalam, konsortium bank digital islamik diketuai KAF Investment Bank Berhad, turut menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi berkuat kuasa tarikh sama.

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...