Saturday , 11 January 2025
Home Nasional 851 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi pagi ini
Nasional

851 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi pagi ini

851 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 11 Januari- Seramai 851 penduduk terjejas akibat banjir dicatatkan di daerah sini dekat Johor setakat pukul 4.00 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan bahawa jumlah tersebut melibatkan 302 keluarga yang kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 658 penduduk terjejas direkodkan pada 12.00 tengah malam tadi.

Antara PPS beroperasi termasuk Dewan Kampung Baru Sungai Mas yang menempatkan 33 orang, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dengan 145 orang dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) menempatkan 175 orang.

Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana menempatkan 137 orang, SK Bandar Penawar Satu seramai 130 orang dan Dewan Raya Kampung Makam pula menempatkan 56 orang.

Dewan Serbaguna Kota Kechil turut menempatkan 24 orang, SK Teluk Ramunia 63 orang, SK Sedili Kecil 17 orang, Dewan Albarakah Seri Delima 14 orang manakala SK Gembut hanya menempatkan tiga orang.

Peningkatan paras air berlaku akibat hujan lebat berterusan selama lebih dua jam sejak semalam yang menjejaskan kawasan seperti Taman Aman, Taman Mawai, Kampung Makam dan beberapa lokasi lain.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan sangat lebat di paras bahaya bagi beberapa daerah di Johor.

Related Articles

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang...

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan...

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka
Nasional

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sekadar gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan...

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir...