Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Ringgit di landasan kukuh, cermin asas, prospek ekonomi negara lebih baik
Ekonomi

Ringgit di landasan kukuh, cermin asas, prospek ekonomi negara lebih baik

Ringgit di landasan kukuh, cermin asas, prospek ekonomi negara lebih baik

ABDUL RASHEED GHAFFOUR

KUALA LUMPUR: Ringgit berada pada landasan kukuh yang mencerminkan asas dan prospek ekonomi negara lebih baik, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. 

Beliau berkata, melangkah ke hadapan, pihaknya percaya mata wang tempatan akan terus disokong oleh pengecilan jurang kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan negara lain.

“Dari perspektif BNM, kami tidak mempunyai sasaran dan oleh itu, kami tidak mempunyai angka khusus di mana ringgit sepatutnya berada. 

“Apa yang boleh kami katakan adalah bahawa ringgit sedang menuju ke arah yang betul untuk mencerminkan asas ekonomi kita dan prospek ekonomi kita dengan lebih baik,”  katanya dalam Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya juga melihat optimisme pelabur yang semakin meningkat terutama semasa mengadakan jerayawara.  

“Selain itu, dari segi reformasi struktur yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan, turut memberikan sokongan berterusan kepada ringgit. 

“Walaupun dengan ketidakpastian, kami boleh menjangkakan sedikit turun naik tidak menentu akan berlaku dalam pasaran tukaran asing.

“Saya merasakan dalam jangka masa pendek, pasaran akan menyesuaikan diri dengan perubahan kepimpinan AS dengan Presiden baru yang dilantik bulan ini,” katanya.

Mengenai tindakan yang diselaraskan oleh BNM, Kementerian Kewangan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), Abdul Rasheed berkata, tindakan tersebut dimulakan pada Februari tahun lalu dan melihat aliran masuk yang sangat sihat. 

“Sebagai contoh, purata jumlah dagangan tukaran asing harian di pasaran tempatan meningkat kepada AS$18 bilion dolar berbanding AS$15 bilion dolar AS pada 2023,” katanya. 

Jelas beliau, pada separuh pertama tahun lalu, ringgit menghadapi tekanan menurun dari bulan Julai seterusnya berbanding dolar AS, disebabkan ketidakpastian pasaran kewangan yang berkait dengan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS. 

“Walau bagaimanapun, selepas bulan Julai apabila AS mula mengurangkan kadar faedah, ringgit kembali mengukuhkan kedudukannya. 

“Namun, ringgit masih mencatatkan pengukuhan keseluruhan sekitar 2.7 peratus,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...