Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Akta kawalan rokok: 127 premis diperiksa, tujuh premis didenda
Nasional

Akta kawalan rokok: 127 premis diperiksa, tujuh premis didenda

LABUAN, 23 Oktober – Sebanyak 127 premis diperiksa menerusi Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Labuan.

Pengarah Jabatan JKN Labuan, Dr. Francis Paul berkata operasi melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan ini bertujuan untuk mengurangkan kesan buruk amalan merokok.

“Operasi ini adalah hasil daripada risikan dan perancangan awal untuk menyasarkan premis-premis yang melanggar undang-undang, selain berfungsi sebagai langkah pendidikan mengenai penguatkuasaan akta baru ini.

\”Fokus utama adalah kepada kanak-kanak dan remaja, selain usaha untuk menghalang promosi yang tidak beretika\” katanya .

Dalam operasi tersebut, dua premis telah dikenakan denda di bawah Seksyen 14 (4) Akta 852 kerana menjual rokok di bawah harga minimum yang ditetapkan, dengan denda berjumlah antara RM20,000 hingga RM100,000.

Selain itu, lima premis lagi didenda di bawah Seksyen 16 (2) kerana melanggar larangan merokok di kawasan tertentu, dengan denda maksimum RM5,000 setiap kesalahan.

Mulai 1 Oktober 2024, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah mula dikuatkuasakan.

Ia sebagai langkah mengawal penggunaan, promosi, dan penjualan produk tembakau serta rokok.

Selain itu, kerajaan komited melindungi kesihatan awam, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja, daripada kesan buruk merokok.

BERITA BERKAITAN:

  • Penetapan dobi sebagai zon larangan merokok disambut baik
  • Harap perokok, pengguna \’vape\’ lebih peka premis larangan merokok
  • Dobi dan tempat kerja, kini kawasan larangan merokok – KKM
  • 1,443 premis di Kelantan diberi amaran berkaitan Akta 852

Related Articles

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang...

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan...

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka
Nasional

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sekadar gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan...

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir...