Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Penunggang motosikal maut dihempap pokok
Nasional

Penunggang motosikal maut dihempap pokok

Penunggang motosikal maut dihempap pokok

Lelaki maut dihempap pokok tumbang / Foto RTM

SIK, 13 Oktober- Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat di Kampung Bandar Hilir, Sik, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Abdul Razak Osman memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6.00 petang, dengan beberapa kawasan di daerah Sik turut terjejas akibat ribut dan hujan lebat itu.

\”Mangsa, Mohd Rizal Aziz, 47 tahun, yang beralamat di Kampung Tanjung Besar, Teloi, Sik, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi,\” katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk proses bedah siasat.

Related Articles

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang...

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan...

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka
Nasional

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sekadar gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan...

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir...