Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Beberapa daerah di Kerian masih dinaiki air banjir
Nasional

Beberapa daerah di Kerian masih dinaiki air banjir

Beberapa daerah di Kerian masih dinaiki air banjir

Banjir di Kerian, Perak

BAGAN SERAI, 7 Oktober – Beberapa kawasan di Kerian, Perak masih dinaiki air berikutan banjir yang melanda daerah itu sejak Rabu lalu.

Tinjauan mendapati, 120 penduduk daripada 34 keluarga masih di tempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman Bagan Serai.

Antara kawasan yang terjejas banjir di daerah itu ialah Kampung Matang Tengah, Kampung Beriai, Kampung Air Itam 2 dan Kampung Parit Ali Talang.

\”satu lagi orang panggil fenomena juga dekat sini kan dia macam kalau dekat sini tidak hujan daerah kerian tak hujan tapi air daripada selama dan ijok akan ke sini disebabkan tempat takungannya bukit merah kolam bukit merah so jika lebihan air daripada selama dan ijok tu akan datang sini untuk ke tangki penyimpanan kolam bukit merah\” jelas LT (PA) Hazwan Hakim Shamsudin, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kerian.

Sementara itu, bagi penduduk banjir yang berlaku tahun ini antara yang terburuk pernah berlaku di kawasan itu.

Seramai 8 petugas dari Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Di Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertugas 24 jam secara bergilir di PPS berkenaan bagi menjaga kebajikan penduduk terjejas banjir.

Related Articles

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang...

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan...

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka
Nasional

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sekadar gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan...

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir...