PADANG TERAP, 29 September- Mayat Salmah Mat Zain, 46 tahun, yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Kampung Tanjung Kanan, pagi semalam ditemui pagi tadi.
Mayat Salmah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 7.45 pagi.
Terdahulu, mayat anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19 tahun, ditemui pada pukul 5.35 petang semalam.
Dalam kejadian pagi semalam, Salmah dan anaknya dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai.