Home Nasional PM terima kunjungan legenda muzik India, Maestro Ilaiyaraaja
Nasional

PM terima kunjungan legenda muzik India, Maestro Ilaiyaraaja

PM terima kunjungan legenda muzik India, Maestro Ilaiyaraaja

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan legenda muzik India, Maestro Ilaiyaraaja di pejabat beliau di Putrajaya.

Anwar memaklumkan pertemuannya dengan Ilaiyaraaja yang akan mengadakan konsert di Bukit Jalil di sini esok turut membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan diplomasi seni dan budaya antara Malaysia dan India.

\”Berbesar hati menerima kunjungan legenda muzik India, Maestro Ilaiyaraaja.

\”Kami turut menyingkap kisah-kisah lama terkait industri perfileman dan muzik di India yang banyak memberi kesan kepada peminat di Malaysia,\” kata Anwar menerusi Facebooknya.

Perdana Menteri juga menekankan komitmen Malaysia dalam terus menghargai serta mengangkat seni dan budaya yang menjadi simbol kepelbagaian dan keharmonian negara.

\”Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada Ilaiyaraaja untuk konsert di Bukit Jalil esok.

\”Semoga ia menjadi satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan seni beliau,\” katanya.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...