Home Ekonomi Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global
Ekonomi

Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 19 April – Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan dengan kecenderungan menurun di sebalik ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata ekonomi global kini sedang bergelut dengan ketidakpastian yang semakin memuncak terutamanya berpunca daripada perkembangan di Washington yang berpotensi memberi kesan kepada pasaran komoditi secara menyeluruh termasuk getah.

“Jelas sekali, terdapat keengganan ketara untuk menyimpan stok simpanan pada masa ini memandangkan kesinambungan perniagaan menjadi semakin tidak menentu.

“Turun naik kadar pertukaran mata wang juga tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan ketidaktentuan yang menjejaskan kebanyakan negara dagangan,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, beliau menjangkakan dalam jangka masa pendek, minat terhadap komoditi akan kekal lemah dengan sebarang pembelian termasuk getah lebih tertumpu kepada kontrak yang dipersetujui dan bagi tujuan pengisian semula sahaja.

Sementara itu, Low berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung.

Pada masa yang sama, beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand juga meramalkan ribut petir yang kuat, angin kencang, hujan batu serta hujan lebat terpencil dan sambaran petir di bahagian selatan negara tersebut.

Seorang lagi peniaga menyebut pasaran getah dijangka bergerak menurun minggu hadapan selaras dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.

Ini memandangkan sentimen pasaran memberi reaksi negatif terhadap kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global termasuk potensi perang perdagangan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah diniagakan bercampur-campur akibat ringgit lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan dasar perdagangan AS yang tidak menentu.

Bagaimanapun, penurunan selanjutnya terhad oleh data ekonomi China yang positif, kenaikan mingguan harga minyak, bekalan getah asli yang terhad di negara pengeluar utama dan keyakinan terhadap lebih banyak langkah rangsangan ekonomi China,\” kata peniaga itu.

Berdasarkan asas Jumaat hingga Khamis, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menyusut sebanyak 11.5 sen kepada 751.0 sen sekilogram manakala lateks pukal jatuh sebanyak 5.5 sen kepada 651.5 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada Jumaat sempena sambutan Good Friday. Ia akan kembali beroperasi pada Isnin, 21 April 2025.-Livevartha

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...