Home Nasional Pengambilalihan MASwings dijangka selesai suku pertama 2025
Nasional

Pengambilalihan MASwings dijangka selesai suku pertama 2025

Pengambilalihan MASwings dijangka selesai suku pertama 2025

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg / Foto RTM

KUCHING, 30 Disember – Proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata proses yang pada asalnya dijadualkan selesai tahun ini perlu dilanjutkan bagi memberi masa kepada juruaudit yang dilantik untuk menilai nilai aset MASwings yang dikemukakan oleh kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG).

“Kita ada nilai kita sendiri dan mereka (MAG) ada nilai mereka sendiri, jadi kita perlu tanya pihak ketiga (audit) untuk anggarkan nilai aset MASwings.

“Sepatutnya bulan ini selesai, tetapi disebabkan perbezaan nilai yang dikemukakan kedua-dua pihak…sebaik sahaja proses ini selesai, maka selesailah proses pengambilalihan. Namun yang pasti, ia akan selesai tahun depan, suku pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek bangunan perubatan dan komersial Yayasan Buah Pinggang Che Hia Khor Moral Uplifting Society (CHKMUS), di sini.

Abang Johari turut memaklumkan bahawa destinasi antarabangsa seperti Jerman, Korea, Jepun, Hong Kong, dan Bangkok menjadi antara pilihan untuk syarikat penerbangan Sarawak selepas pengambilalihan MASwings dimuktamadkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....