Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan momentum semalam untuk dibuka tinggi hari ini berikutanpenilaian semasa yang kekal menarik, mendorong institusi tempatan terus membuat pembelian saham, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Pada9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.70 mata kepada 1,527.54 daripada 1,523.84 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi kepada1,527.71, meningkat 3.87 mata.

Pasaran secara menyeluruh positif dengan 123 kaunter untung mengatasi 108 kaunter rugi manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 88.62 juta unit bernilai RM51.38 juta.

Thong berkata FBM KLCI melonjak melebihi paras 1,520 berikutan pembeli mula memasuki pasaran.

“Ini mungkin disebabkan pembelian saham oleh institusi tempatan. Walaupun asas sebahagian besarnya tidak berubah, kami menjangkaindeks akan berada dalam julat 1,520 hingga 1,530 hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Sebanyak 30 kaunter utama menunjukkan prestasi bercampur-campur, daripada mendatar kepada tinggi, dengan kenaikan diterajui oleh IHH, yang meningkat sembilan sen kepada RM6.95, Petronas Gas naik 26 sen kepada RM17.96, Press Metal menambah lima sen kepada RM5.05 dan MISC menokok lapan sen kepadaRM7.78.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...