Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis

KUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk memakai Jalur Gemilang merupakan usaha proaktif institusi pendidikan dalam menyemai semangat patriotisme sejak awal.

Pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya merangkap Pegawai Integriti Bertauliah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata ia berfungsi sebagai satu bentuk indoktrinasi positif bagi menanamkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap negara dalam kalangan pelajar.

\”Isu pelajar diminta memakai bendera sebenarnya adalah satu langkah awal untuk menyemai dan mengindoktrinasikan patriotisme. Dari sudut psikologi, penting untuk menanamkan rasa kasih dan cinta kepada negara sejak dari awal usia,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di Wisma Berita, Angkasapuri Kota Media, di sini.

Pengibaran bendera negara lambang maruah dan identiti negara yang perlu dijaga setiap warganegara.

\”Bendera kita ni telah mula dikibarkan sejak tahun 1950. Ia bukan sekadar kain, tetapi wajah negara kita. Kita perlu didik pelajar untuk bukan hanya memaparkan bendera, tetapi belajar untuk menjaga dan menghormatinya.

\”Malaysia ini rumah kita semua maka menjadi tanggungjawab kita untuk memeliharanya,\” katanya lagi.

Dalam konteks integriti, Muhammad Shamshinor memuji ekosistem sedia ada yang menyokong usaha memantapkan integriti negara selain menekankan kesungguhan dan kemampuan pelaksanaannya.

Merujuk kepada Modul Governor Integriti dan Anti Sosial (MPGIA) yang telah diwajibkan kepada semua organisasi kerajaan, ia merupakan satu contoh inisiatif relevan, di samping tanggungjawab sektor swasta untuk mematuhi peruntukan bawah Seksyen 17A Akta SPRM berkaitan liabiliti korporat.

\”Sektor swasta juga tidak terkecuali. Mereka perlu melaksanakan tatacara mencukupi bagi memastikan integriti korporat dipertahankan, selaras dengan kehendak undang-undang,\” tambahnya.

Usaha itu diharap dapat memperkukuh budaya integriti dan patriotisme dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda, demi masa depan Malaysia.

Related Articles

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...

PENA sokong tindakan kerajaan tangani isu Jalur Gemilang
Nasional

PENA sokong tindakan kerajaan tangani isu Jalur Gemilang

Dr. Mohamad Saleeh RahamadKUALA LUMPUR, 23 April- Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)...