Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman ketika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China diharap semakin reda.

Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 12.09 mata kepada 1,498.34 daripada 1,486.25 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 11.11 mata lebih tinggi kepada 1,497.36.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 363 berbanding 106 manakala 226 kaunter tidak berubah, 1,709 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 311.53 juta saham bernilai RM170.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen optimis itu susulan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, yang menyatakan situasi perdagangan semasa adalah tidak mampan dan pengurangan dijangka berlaku.

“Sementara itu, Presiden AS Donald Trump mengulangi beliau tidak berniat untuk menyingkirkan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, apabila hasil berjangka10 tahun ASsedikit turun kepada 4.401 peratus,” katanya kepada Livevartha.

Thong yakin FBM KLCI mungkin menerima sokongan belian hari ini, dipacu oleh lonjakan semula yang ketara di Wall Street.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...