Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Tawaran Kerja AS Susut, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Tawaran Kerja AS Susut, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Tawaran Kerja AS Susut, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Livevartha) — Ringgit memulakan dagangan Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas pengumuman data tawaran pekerjaan negara maju itu bagi September yangmencecah paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun.

Perkembangan itu sekali gus mengekalkan naratif terhadap pelaksanaan lebih banyak pengurangan kadar faedah di AS.

Pada 8.03 pagi ini, ringgit mengukuh kepada4.3675/3800 berbanding dolar AS daripada4.3760/3810, semalam.

Kaji Selidik Tawaran Kerja dan Jumlah Tenaga Kerja AS (JOLTS) menunjukkan pengurangan sebanyak 418,000 tawaran kerja kepada 7.443 juta pada September – paras terendah sejak Januari 2021.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tawaran kerja itu jauh lebih rendah daripada jangkaan apabila mencatat 7.443 juta pada September berbanding jangkaan pasaran pada 7.98 juta dan 7.861 juta pada Ogos lepas.

“Selain itu, ringgit juga dijangka mendapat sokongan hari ini selepas menyaksikan aliran penyusutan untuk tempoh tertentu,” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, Pengarah UrusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata penurunan data AS itu hanya meningkatkan lagi jangkaan bagi kemungkinan penurunan kadar faedah pada Disember ini yang boleh menyuntik sedikit kegembiraan bagi landskap pertukaran mata wang asing Asia.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...