Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Sentimen Berhati-hati, Ringgit Dijangka Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Sentimen Berhati-hati, Ringgit Dijangka Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Sentimen Berhati-hati, Ringgit Dijangka Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Livevartha) — Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil pada minggu depan susulan aliran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS),di tengah-tengah unjuran pengurangan kadar faedah di negara maju itu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka bergerak pada paras4.45 hingga4.46 berbanding dolar AS minggu depan ketika pelabur terus berhati-hati terhadap prospek ekonomi global.

“Pasaran mata wang akan terus diselubungi sentimen berhati-hati ketika ketidaktentuan membabitkan dasar ekonomi AS terus ketara,” katanya kepada Livevartha.

Di peringkat tempatan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata ringgit mengukuh sebanyak14.9 peratus berbanding dolar AS dalam suku ketiga 2024 dan seterusnya 3.1 peratus setakat 13 November lepas.

Bercakap padapada sidang media mengumumkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Suku Ketiga 2024di sini, hari ini, beliau berkata prestasiringgit pada suku ketiga didorong terutamanya oleh peralihan Rizab Persekutuan AS (Fed) ke arah pelonggaran dasar monetari, termasuk penurunankadar dana persekutuan sebanyak 75 mata asas pada September dan November.

Pada masa sama, BNM juga mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS dalam persekitaran peningkatan momentum susulan pemulihan sentimen terhadap mata wang negara maju berkenaan.

Dari segi perbandingan Jumaat hingga Jumaat pulamenunjukkan prestasi ringgit yang susut nilai berbanding dolar AS kepada4.4715/4780 daripada 4.3800/3850, seminggu lepas.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...