Home Pasaran Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha) — Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat, didorong olehdata ekonomi negara maju itu yang lemah, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit menokokkepada 4.2095/2270 berbanding dolar ASdaripada 4.2155/2245, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataIndeks Dolar AS (DXY) susut sebanyak 0.72 peratus kepada 97.0921, paras terendah sejak Mac 2022 berikutan data ekonomi AS menunjukkan tanda-tanda pasaran tenaga kerja dan trajektori kadar inflasi yang lebih menyederhana.

Indeks Harga Pengeluar TerasAS bagi Mei mencatatbacaan lebih rendah daripada jangkaan iaitu 3.0 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.1 peratusmanakala Tuntutan Awal Pengangguran meningkat kepada 248,000 pada minggu lepas yang lebih tinggi daripada jangkaan kaji selidik pada 242,000.

“Data ini dilihat penting dalam menetapkan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan bermesyuarat semula pada 17-18 Jun depan bagi menentukan kadar dasar,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata walaupun Fed dijangka mengekalkan kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 4.50 peratus, peserta pasaran sebaliknya memberi tumpuan ke atas unjuran ekonomi suku tahunan.

“Pada Mac, pegawai Fed mengekalkan unjuran FFR pada 3.9 peratus bagi 2025yang pada asasnya menunjukkan berlakunya dua kali penurunan kadar tahun ini.

“Sehubungan itu, kami percaya mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit adalah berpotensi untuk terus mengukuh,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tidak Berubah Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tidak Berubah Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh

Oleh K Naveen Prabu and Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 12...