Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi penutupan hari ini berikutan kebimbangan baharu mengenai ketidaktentuan ekonomi global dan petunjuk bercampur-campur daripada dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.3835/3905 berbanding dolar AS daripada 4.3670/3735 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mencatatkan sedikit pembetulan berbanding dolar AS pada RM4.3850 daripada semasa ditutup sebelum ini.

“Tahap ketidaktentuan masih kekal tetapi peniaga mungkin telah membuat urus niaga berikutan indeks dolar (DXY) dilihat telah mencapai paras menarik,”katanyakepada Livevartha.

Katanya kritikan Presiden AS Donald Trump terhadap Rizab Persekutuan (Fed) AS dan potensi implikasinya terhadap kebebasan Fed dalam menetapkan dasar monetari terus menjadi kebimbangan utama.

“Situasi tarif turut dijangka tidak mereda dalam masa terdekat,menambahlagi tekanan terhadap mata wang yang terdedah kepada ketidakstabilan atau turun naik dalam pasaran kewanganseperti ringgit,” katanya.

Dalam negara,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada3.1206/1260 daripada 3.1046/1095 semasa ditutup semalam dan berkurangan berbanding pound kepada 5.8590/8683 daripada 5.8513/8601, bagaimanapun naik berbanding euro kepada 5.0362/0442 daripada 5.0408/0483 sebelum ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Pasaran getah...