Home Pasaran Ringgit Mungkin Hadapi Tekanan Menurun Susulan Dolar AS Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Mungkin Hadapi Tekanan Menurun Susulan Dolar AS Mengukuh Minggu Depan

Ringgit Mungkin Hadapi Tekanan Menurun Susulan Dolar AS Mengukuh Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Okt(Livevartha) –Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan, walaupun ia mungkin menghadapi tekanan menurun berikutan prospek optimis semasa terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa inidolar AS nampaknya berada dalam kedudukan yang menggalakkan.

Gabenor Rizab Persekutuan (Fed) ASChristopher Waller menyarankan pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap pemotongan kadar berikutan data-data ekonomi terkini yang menyerlahkan kekuatan ekonomi dan pasaran buruh di AS, menurut laporan terkini media.

“Bank Pusat Eropah (ECB) baru-baru ini telah mengurangkan kadar, dan terdapat kemungkinan untuk mengurangkannya lagi pada mesyuarat akan datang, sebahagian besarnya disebabkan oleh ekonomi Eropah yang lembap, khususnya ekonomi Jerman.

“Sementara itu, Jepun tidak mungkin menaikkan kadar faedahdan beberapa negara ASEAN telah pun mula memotong kadar dasar mereka, dengan Thailand adalah yang terbaharu menyertai kitaran pemotongan kadar,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menambah Belanjawan2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan untuk mengecilkan defisit belanjawan kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025, yang boleh disifatkan positif oleh agensi-agensipenarafan kredit.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS sepanjang minggu, terjejas oleh dolar AS yang lebih kukuh disokong kadar faedah yang lebih tinggi.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit jatuh berbanding dolar AS kepada 4.3045/3075 daripada 4.2865/2910 pada minggu lalu.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...