Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Diasak Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Diasak Sentimen Berhati-hati

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Diasak Sentimen Berhati-hati

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap trajektori pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal tidak menentu dengan trajektori pengurangan kadar faedah AS ketika dasar penggal kedua Donald Trump terus mempengaruhi sentimen pasaran.

"Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi sekitar 106 mata berikutan ketiadaan pemangkin atau data ekonomi AS yang penting semalam,” katanya kepada Livevartha.

Di peringkat tempatan, ringgit meningkat sedikitsemalam berbanding dolar AS namun mencatat pengukuhan agak ketara berbanding mata wang Asia.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6568/6694 daripada 5.6620/6690 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.7136/7242 daripada 4.7178/7236 semalam.

Ringgit bagaimanapunmerosot berbanding yen Jepun kepada 2.8785/8853 daripada 2.8696/8733 sebelum ini.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...