Home Nasional Malaysia negara pertama di dunia agih Kad Nusuk kepada jemaah haji
Nasional

Malaysia negara pertama di dunia agih Kad Nusuk kepada jemaah haji

Malaysia negara pertama di dunia agih Kad Nusuk kepada jemaah haji

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 23 April- Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang akan mengagihkan Kad Nusuk kepada jemaah haji sebelum berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar berkata,langkah tersebut dapat mengelak sebarang penipuan pakej haji selain menjadi pengiktirafan besar kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji negara.

\”Kalau tahun lepas, jemaah haji akan terima Kad Nusuk ini di tanah suci, ketika sampai di sana. Tetapi alhamdulillah pada tahun ini, hasil daripada kepercayaan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Malaysia telah diberi pengiktirafan untuk menjadi negara perintis.

\”Jadi, secara tak langsung, Kad Nusuk ini adalah merupakan satu tanda bahawa seseorang jemaah itu telah melalui proses yang sah,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada lawatan ke Unit Proses Haji di Ibu Pejabat Tabung Haji di ibu negara.

Kad Nusuk akan diedarkan oleh Lembaga Tabung Haji di balai berlepas induk, Movenpick Hotel & Convention Centre, sebelum jemaah bawah pengurusan Tabung Haji dan Pengelola Jemaah Haji atau PJH berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya ke Tanah Suci.

Pengagihan kad berkenaan melibatkan kerjasama syarikat Masyariq Masiah, penyedia perkhidmatan dan kemudahan untuk jemaah Malaysia di Tanah Suci, yang telah terjalin lebih tiga dekad.

Menurut Mohd Na\’im, sekiranya inisiatif tersebut berjaya, ia berpotensi diperluaskan ke negara-negara Islam lain pada masa depan.

Dalam pada itu, persediaan operasi haji bagi musim ini juga berada pada tahap hampir seratus peratus.

Lembaga Tabung Haji turut menggerakkan seramai 632 petugas haji, merangkumi petugas kebajikan, petugas perubatan serta beberapa agensi luar berkaitan untuk memastikan kelancaran dan kebajikan jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Sehingga kini, sebanyak 45 peratus visa daripada keseluruhan kuota 31,600 jemaah Malaysia telah pun dikeluarkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....