Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan dijangka kekal berada dalam aliran mendatardengan kecenderungan tidakbanyak berubah, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan tarif Amerika Syarikat (AS) yang kini dalam fasapenangguhan selama 90 hari, kata pakar industri, Denis Low.

“Situasi ekonomi dunia dijangka terus mencabar kerana kesan besar daripada tarif terdahulu masih belum reda sepenuhnya.

“Sehubungan itu, kita akan menyaksikan kesuramandalam banyak sektor industri di seluruh dunia, dan sudah tentu industri getah serta produk berasaskan getah akan turut terkesan,” katanya kepada Livevartha.

Low berharap AS dan China dapat merangka dasar tarif yang lebih tersusun dan terkawalkhususnya bagi negara pengeluar komoditi.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)melaporkan pengeluaran getah asli susut 31.7 peratus kepada 35,901 tanpada April 2025 berbanding 52,531 tan pada Mac 2025, mencerminkan permintaan luar yang lebih lemah terhadap getah Malaysia.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata harga getah dijangka terus dipengaruhi oleh prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar AS, serta harga penanda aras minyak mentah dunia.

Para peserta pasaran akan memberi perhatian rapat kepada penerbitan data ekonomi global utama, perkembangan rundingan perdagangan AS, serta kemajuan rundingan perdagangan antara AS dan China, di samping memantau perkembangan geopolitik terkini di Timur Tengah.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan Sejajar Kekukuhan Minyak Pesaing
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan Sejajar Kekukuhan Minyak Pesaing

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...