Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia dijangka berada antara1,500 dan 1,530 minggu depan berikutan pasaran kekal berada di bawah tekanan dalam kebimbangan mengenaisurat tarif unilateralyang dicadangkanoleh Washington dan ketegangan yang meningkat selepas serangan Israel ke atas Iran.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantan berkata pasaran dijangka mudah terjejas dan diniagakan rendah dalam masa terdekat melainkan terdapat kemajuan positif pada hujung minggu untuk meredakan konflik tersebut tetapi suatu yang tidak mungkindicapai.

“Dari aspek taktikal, saham minyak dan gas dijangka menawarkan peluang dagangan jangka pendekterutamanya untuk syarikat yang terlibat dalam aktiviti huluan atau yang sedang memperluas konsesi huluan mereka berikutan mereka berpotensi mendapat manfaat secara langsung daripada kenaikan harga minyak semasa,” katanya kepada Livevartha.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peserta pasaran dinasihatkan untuk memantau ketegangan geopolitik yang sedang berlaku dan sebarang perkembangan berkaitan pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trumpmengenai tarif perdagangan AS-China.

“Kami juga percaya kenaikan harga minyak mentah boleh membuka peluang kepada pelabur untuk meneroka saham berkaitan minyak dan gas serta komoditi.

“Kami menjangka indeks petunjuk pasaran diniagakan dalam julat 1,500-1,530mewakili paras sokongan dan halangan,” katanya.

Thong berkata jika ketegangan terus meningkat, paras sokongan kedua diunjurkan pada 1,485.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia bermula dalam julat positif pada awal minggu ini, didorong oleh perkembangan positif dalam rundingan perdagangan AS-China, pembelian saham oleh institusi tempatan dan aktiviti jualan oleh pelabur asing yang perlahan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...