Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Meningkat Susulan Jangkaan Pengeluaran Susut, Stok Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meningkat Susulan Jangkaan Pengeluaran Susut, Stok Rendah

Niaga Hadapan MSM Meningkat Susulan Jangkaan Pengeluaran Susut, Stok Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat kepada lebih RM4,600 satu tan bagi kontrak penanda aras Januari 2025, didorong sentimen positif ketika jangkaan penyusutan pengeluaran dan paras stok yang lebih rendah, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng menekankan bahawa unjuran simpanan stok di Malaysia dan Indonesia adalah lebih rendah.

"Kami melihat paras sokongan harga pada RM4,500 dan rintangan pada RM4,680," katanya kepada Livevartha.

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak bulan semerta November 2024 meningkat RM125 kepada RM4,688 satu tan, Disember 2024 naik RM122 kepada RM4,636 satu tan dan Januari 2025 menambah RM117 kepada RM4,603 satu tan.

Selain itu, kontrak Februari 2025 meningkat RM109 kepada RM4,552 satu tan, Mac 2025 naik RM102 kepada RM4,494 satu tan dan April 2025 menambah RM93 kepada RM4,430 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 98,788 lot daripada 102,234 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 259,382 kontrak daripada 257,024 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan meningkat kepada RM4,690 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...