Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Meningkat Melebihi RM4,900 Susulan Kadar Eksport Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meningkat Melebihi RM4,900 Susulan Kadar Eksport Lebih Kukuh

Niaga Hadapan MSM Meningkat Melebihi RM4,900 Susulan Kadar Eksport Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah(MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabukerana harga meningkat melebihi RM4,900 setiap tan untuk kontrak penanda aras Januari 2025, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran yang positif disokong oleh kadar eksport yang lebih kukuh dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,800 setiaptan dan paras rintangan pada RM4,950 setiap tan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil AnalyticsSathia Varqa berkataniaga hadapan MSM kembali memperolehmomentum pembelian, didorong oleh jangkaan prospek harga yang meningkat.

"Para peniaga menjangkakan prospek harga yang meningkatberdasarkan naratif bekalan yang terhaddaripada seorang penganalisis terkemuka di salah sebuahpersidangan minyak sawit terbesar di dunia yang akan bermula esok di Bali, Indonesia," katanya.

Persidangantersebut dianjurkan oleh Persatuan Minyak Sawit Indonesia (IPOC)yang lebih dikenali sebagai GAPKI.

Sathia turut berkataringgit ditutup pada RM4.40 berbanding dolar AS, sebagai tindak balas kepada pergerakan tidak menentu dalamdolar AS menjelang keputusan penetapan kadar faedah penanda aras Rizab Persekutuan AS pada Khamis.

"Ditambah dengan ketidaktentuan pasaran mata wang dan kewangan, terdapat kebimbangan mengenai ketidaktentuan Pilihan Raya Presiden AS yang menunjukkan kemungkinan kembalinya Donald Trump," katanya.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...