Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Pengeluaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Pengeluaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Pengeluaran

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dan paras stok yang tinggi, kata seorang peniaga.

Menurut laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Malaysia menghasilkan1.77 juta tan metrik minyak sawit mentah (MSM) pada Mei, meningkat 5.1 peratus daripada 1.69 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Manakala stok simpanan MSM menambah 4.8 peratus pada 1.10 juta tan metrik pada Mei berbanding 1.05 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata data MPOB itu mencerminkan tempoh pengeluaran tinggi bermusim bagi Mei, yang terus mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami menjangkakan harga akan disokong sekitar paras RM3,800 setan metrik dan paras rintangan dilihat pada RM3,950 setan metrik,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan kontrakbulan semerta Jun 2025 susutRM44 kepada RM3,876 setan metrik, Julai 2025 turunRM60 kepada RM3,872 setan metrikdan Ogos 2025 berkuranganRM61 kepada RM3,864 setan metrik.

Kontrak September 2025 turun RM53 kepada RM3,861 setan metrik, Oktober 2025 susut RM49 kepada RM3,859 setan metrik danNovember 2025 berkuranganRM43 kepada RM3,861 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 68,659 lot daripada 47,097 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 247,754 kontrak daripada 225,140 sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...