Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Empat Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Empat Hari Berturut-turut

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Empat Hari Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah selepas empat hari kenaikanberturut-turut susulanpetunjuk dari pasaran minyak kacang soya yang lebih lemah di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit, David Ngberkata sentimen pasaran turut terkesan oleh aktiviti pengambilan untung menjelang keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,750 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,900 setiap tan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil AnalyticsSathia Varqaberkata pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, bersama-sama dengan penurunanbesar dalam kontrak niaga hadapan minyak sayuran yang berkaitan di Dalian Commodity Exchange (DCE) dan Zhengzhou Commodity Exchange (ZCE), memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

"Kontrak niaga hadapan minyak sawit telah mengalami lonjakan kukuhsejak Oktoberdengan bulan aktif meningkat 22 peratus didorong oleh asas yang kukuh seperti eksport yang lebih tinggi, pengeluaran yang lebih rendahdan penurunan stok simpanan," katanya.

Menurut laporan, niaga hadapan kacang soya ditutup rendah pada Selasa dalam dagangan siang hari di DCEsusulan kontrak kacang soya paling aktif bagi Januari 2025, merosot 14 yuan (kira-kira AS$1.97) untuk ditutup pada 3,980 yuan setiap tan.

Sementara itu, AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan harga MSM mengukuh pada 2025, dengan purata RM4,250 setiap tan, mewakili peningkatan 6.3 peratus tahun ke tahun, susulan kekangan bekalan minyak sawit, biji sesawi dan bunga matahari.

“Kami menjangkakan purata harga MSM akan melebihi RM4,500 setiap tan pada separuh pertama 2025 sebelum turun kepada RM4,000 setiap tan pada separuh kedua 2025,” kata bank itu.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...