Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Dua Tahun
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Dua Tahun

Niaga Hadapan MSM Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Dua Tahun

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Nov(Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahunapabila meningkat melebihi RM5,000 setan metrik, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata, tinjauan pasaran kekal positif dengan Indonesia melaksanakan mandat biodiesel yang lebih tinggi tahun depan yang dijangkameningkatkan permintaan terhadapminyak sawit.

“Sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh kadar pengeluaranyang lemah. Oleh itu, kami menjangkakan harga disokong melebihi RM4,800 setan metrik dan paras rintangan pada RM5,150 setan metrik,” katanya kepada Livevartha.

Penganalisis kanan FastmarketS Palm Oil AnalyticsSathia Varqa berkata niaga hadapan MSM mencecah paras tertinggi dalam tempoh 30 bulan, disokong oleh permintaan kukuh terhadap biodiesel di tengah-tengah pengeluaran terhad.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2024 meningkat RM122 kepadaRM5,160 setan metrik, Disember 2024 melonjakRM148 kepada RM5,144 setan metrik dan Januari2025 naik RM149 kepadaRM5,101 setan metrik.

Kontrak Februari2025 meningkat sebanyak RM142 kepadaRM5,039 setan metrik,Mac2025 menokok RM134 kepadaRM4,938 setan metrik dan April 2025 naik RM131kepada RM4,821 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada123,802lot daripada 104,193 pada Khamis manakala kepentingan terbuka turun kepada239,911 kontrak daripada245,610 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Selatan November MSM meningkat sebanyakRM90 kepadaRM5,160 setan metrik.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...