Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Melemah Berikutan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Melemah Berikutan Pengambilan Untung

Niaga Hadapan Emas Melemah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melemah semasa ditutup hari ini berikutan pengambilan keuntungan oleh para pelabur menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS)minggu depan, kata seorang penganalisis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dagangan emas telah menghadapi beberapa kemelut dengan kenaikanmula perlahan apabila hasil global yang lebih tinggi mencetuskan gelombang pengambilan keuntungan kecil sehingga logam itu tidak dapat menembusi paras rintangan US$2,800.

"Walaupun penyusutan disebabkan keadaan terlebih beli adalah normal, emas kekal disokong menjelang pilihan raya Presiden AS minggu depan memandangkan permintaan bagi logam selamat itu kekal stabil. Risiko menyusul yang paling besar adalah kemenangan Kamala Harris akan menyebabkan jangkaan perang perdagangan terhapus dan ini akan menyebabkan emas terus menyusut" katanya kepada Livevartha.

Bulan semerta Oktober 2024 jatuh kepada US$2,764.90 setiap auns troy berbanding US$2,784.0 setiap auns troy yang dicatatkan pada Rabu lepas, dan November 2024 merosot kepada US$2,777.20 setiap auns troy daripada US$2,798.90 setiap auns troy.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya berakhir lebih rendah pada US$2,777.20 setiap auns troy berbanding US$2,807.0 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlahdagangan jatuh kepada dua lot daripada 20 lotmanakala kepentingan terbuka susut kepada lapan kontrak daripada 27 kontrak.

Berdasarkanpenetapan petang London Bullion Market Association pada 31 Oktober, harga emas fizikal berada pada US$2,734.15 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...