Thursday , 14 November 2024
Home Pasaran Kadar Jangka Pendek Antara Bank Ditutup Stabil
Pasaran

Kadar Jangka Pendek Antara Bank Ditutup Stabil

Kadar Jangka Pendek Antara Bank Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Livevartha) — Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini susulan operasiBank Negara Malaysia(BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional menyusut kepadaRM37.60 bilion daripadaRM38.19 bilion pada sesi pagi, manakala mudah tunai dana Islam menurun kepada RM17.7 bilion daripadaRM19.50 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat itu menawarkan tiga tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula sertakemudahan murabahahkomoditi bercagar bagitempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada jam 4 petang, bank pusatmenawarkan tender pasaran kewangan konvensional bernilai RM37.60 bilion dan tender pasaran kewangan murabahah bernilai RM17.70 bilion, kedua-duanya bagitempoh matang satu hari.

Kadar semalaman IslamMalaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 8 November.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 14 Nov(Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — BursaMalaysia dibuka rendah...

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — Ringgit susut...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia bercampur-campur pada...