Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Pembukaan Menjelang Keputusan OPR, Pilihan Raya Presiden AS
Pasaran

FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Pembukaan Menjelang Keputusan OPR, Pilihan Raya Presiden AS

FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Pembukaan Menjelang Keputusan OPR, Pilihan Raya Presiden AS

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Livevartha)– Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat1,615 hingga 1,625 mata menjelang dua acara penting hari ini-keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.01 mata kepada 1,624.71 daripada 1,620.70 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.71 mata kepada 1,624.41.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 130 berbanding 63 manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,979 kekal tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 84.83 juta saham bernilai RM34.26 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi semalaman menjelang keputusan pilihan raya presiden AS, yang dijangka sengit.

“Sementara itu, hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.28 peratus menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS(pada Khamis),” katanya kepada Livevartha.

Dalam negara, Thong berkata FBM KLCI berjaya ditutup melebihi paras 1,620 semalam dalam sesi dagangan yang tidak menentu berikutanpelabur terus membeli saham bank, perladangandan telekomunikasi menjelang keputusan pendapatan syarikat pada akhir bulan ini.

“Walaupun prospek Wall Street kekal tidak menentu, kami menjangka bursa tempatan akan kekal stabil selepas jualan baru-baru ini,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...