Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menjejaki kenaikan harga di COMEX apabila pelabur terus beralih kepada logam berharga itu dalam keadaan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekonomi global.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas melonjak melepasi US$3,500 setiap auns troy seolah-olah "mempunyai misi" — dan bukan disebabkan sebarang kenyataan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai Rizab Persekutuan AS.

“Itu tidak relevan. Sebab sebenar adalah kerana orang ramai mula hilang keyakinan terhadap wang kertas,” katanya kepada Livevartha.

Menurut laporan, harga emas meningkat kira-kira 2.0 peratus pada Selasa, melepasi US$3,500 bagi setiap auns troy pada waktu pagi yang kali pertama dalam sejarah.

Innes berkata bank pusat di seluruh dunia dijangka menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat ini, dan emas kini bergerak mendahului peralihan ini.

“Ini bukan sekadar reaksi — ia adalah peringatan… orang ramai semakin hilang kepercayaan terhadap wang kertas dan bank pusat. Emas berfungsi sebagai komoditi selamat apabila segala-galanya dirasakan tidak kukuh,” katanya.

Innes berkata kenaikan harga emas pada kali ini berbeza dengan sebelumnya — ia lebih teguh dan penting.

Beliau berkata, apabila disesuaikan dengan inflasi, harga emas pada masa ini lebih tinggi berbanding ketika krisis pada 1980-an.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Pasaran getah...