Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Khamis, seiring dengan pasaran serantau danpembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamadalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.

Petronas Chemicals naik26 sen kepadaRM4.83, Maybank meningkat10 sen kepadaRM10.22 danCIMB melonjak5.0 sen kepadaRM8.26.

Saham tersebut mengheret naikindeks komposit dengan gabungan 6.51mata.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 0.36mata kepada 1,598.54daripada 1,598.18ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.63 mata lebih tinggi kepada 1,599.81sebelum bergerak di antara 1,588.99dengan 1,599.94sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun,pasaran meluas negatifdengan kaunter rugimengatasi untungiaitu 591berbanding 304manakala 440kaunter kekal tidak berubah, 1,131tidak didagangkan dan 23 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.22bilion unit bernilai RM1.14 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan beberapa aktivitimemperelokkan akaun (peringkat tempatan) akanberlaku danjika ia berlaku,kesannyaagakminimumkerana sentimen telah bertukar menjadi berhati-hati sejak sebulan lepas.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...