Home Pasaran Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Meskipun Sentimen Pasaran Lemah
Pasaran

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Meskipun Sentimen Pasaran Lemah

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Meskipun Sentimen Pasaran Lemah

KUALA LUMPUR, 10 Jun(Livevartha)– Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi positif, walaupun sentimen kekal lemah berikutan prestasi serantau yang tidak menentu, dengan minat belian dijangka beralih kepada syarikat yang kukuh dari segi asasnya.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak2.08 mata kepada 1,521.49, daripada 1,519.41 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.30 mata lebih tinggi kepada 1,519.71, dan seterusnya berlegarantara 1,517.74 dengan 1,522.30 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 384 berbanding381 manakala466 kaunter tidak berubah, 1,138 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang laindigantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.79 bilion unitbernilai RM883.18 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dagangan di pasaran tempatan dijangka hambar memandangkan tumpuan pelabur mungkin beralih kepada syarikat yang kukuhdari segi asasnya.

Pelabur di Wall Street dijangka menumpukan perhatian kepada rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, yang telah mendorong ekuiti meningkat sederhana apabila pegawai memberi petunjuk akan ada kemajuan menjelang penyambungan semula rundingan pada Selasa.

“Memandangkan pasaran mengambil kira kemungkinan persekitaran pengurangan kadar faedah, Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) mungkin menarik minat pelabur disebabkan hasil yang baik melebihi empat peratus,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, 99 Speed Mart naik sembilan sen kepada RM2.19, Axiata meningkat enam sen kepada RM2.09, Public Bank naik dua sen kepada RM4.28 dan Telekom Malaysia bertambah sembilan sen kepada RM6.65, manakala MR DIY dan Press Metal masing-masing naik tiga sen kepada RM1.64 dan RM5.03.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...